Tuesday, September 28, 2010

Bagaimanakah tumbuhan ini terus survival dalam memastikan spesiesnya untuk terus wujud di muka bumi ini. Perumpamaan ini dapat kita samakan dengan kehidupan kita yang hanya sementara ini. Kita perlu berjuang untuk meneruskan hidup kita di bumi ini untuk mendapat kemudahan di akhirat kelak.
Baru sahaja selesai menghabiskan novel Harry Potter.Alangkah seronok jika sebuah sekolah seperti Horgwart benar-benar wujud. Gambar burung yang berwarna merah ini mengingatkan tentang seekor burung Phoenix yang terdapat di pejabat pengetua Dumbeldore.Burung ini dapat memberi ilham tentang kecantikan dan kemerduan suaranya yang boleh memukaukan. Mungkinkah ciri-ciri ini boleh digunakan untuk mengindahkan lagi karya yang akan disiapkan.
Pokok yang sangat besar. Kadang-kala terbayang juga benda-benda yang sangat bergantung terhadap pokok ini. Mungkinkah pokok ini menjadi tempat berlindung haiwan-haiwan tertentu. Pokok sebesar ini juga seringkali dikaitjkan dengan tempat persinggahan makhluk-makhluk halus yang sangat ditakuti oleh manusia.

Wednesday, September 22, 2010

Salam perkenalan. Tiba -tiba terjumpa gambar yang cantik ini.Ketenangan yang terdapat di dalam gambar ini sangat mendamaikan jiwa. Semoga kedamaian yang tergambar melalui gambar ini akan sentiasa tersemat di hati dalam usaha untuk menyiapkan cerpen eksperimental yang akan dimulakan tidak lama lagi.