Sunday, October 10, 2010

"The Palm Island" lambang kemewahan negara dubai. Kemewahan yang akhirnya membawa kepada kemudaratan. Walaubagaimanapun kecantikkannya tidak dapat dinafikan. Pulau ini berbentuk sepohon pokok palma yang memakai payung. Payungnya itu bertindak sebagai pelindung kepada dahan-dahannya agar tidak dipukul ombak. Sungguh unik buatannya, tidak terjangkau oleh fikiran untuk kita menghasilkan sesuatu yang secantik. Allah maha kuasa, memberi idea kepada mereka yang mencetuskan pendapat untuk membina pulau ini.
Gambar grafik yang sangat cantik. menggambarkan kekreatifan pembikinnya. Empat ekor burung kecil yang diatur melintang ke bahagian kiri memperlihatkan kedamaian yang sudah semakin sukar dicari kini.Indah juga warna yang digunakan. tidak menggunakan hitam yang dikaitkan dengan kegelapan namun menggunakan warna yang dapat menenangkan fikiran, Sudut bahagian atas yang diletakkan sedahan ranting bunga juga dapat menggambarkan kehalusan jiwa sang pelukis.
Sungguh indah perasaan tatkala melihat hidangan yang semanis ini.Ibarat cairan coklat yang meleleh ke bahagian tepi mangkuk bulat itu dapat membasahi ruang mulut sehingga memberi kepuasan yang tidak ternilai nikmatnya. Manisan ini turut ditaburi kekacang yang boleh memberi tenaga yang diperlukan oleh badan. Sebiji ceri merah yang diletak di bahagian tepi memperlihatkan lagi keindahan yang terdapat pada hidangan di dalam mangkuk itu. keasyikannya bisa menggoda sesiapa sahaja yang melihat sehingga dapat melupakan bahana yang mungkin dibawanya.

Friday, October 8, 2010

Pada 30  september lalu pelajar-pelajar program Program Persuratan Melayu telah dibawa ke Dewan Bahasa dan Pustaka yang terletak di Kuala Lumpur. Kami telah dibawa ke sana adalah untuk menyaksikan  satu pertandingan yang dianjurkan oleh DBP iaitu Akademi Sastera.  pensyarah pengiring yang mengiringi kami pada hari itu ialah Che Abdullah Bin Che Ya merangkap pensyarah Novel Melayu kami. Banyak pengetahuan yang dapat kami perolehi semasa kami melihat pembentangan-pembentangan yang dibentangkan oleh pelajar-pelajar yang menyertai akademi tersebut

Sunday, October 3, 2010

Sungguh unik sekali melihat sebuah seterika yang klasik dan terdapat patung seekor ayan dihadapan seterika tersebut. Melihat akan seterika ini terbayang juga bagaimanakah agaknya kehidupan masyarakat dahulu tanpa kemudahan prasarana-prasarana yang kita perolehi hari ini. Alangkah seronok jika kita dapat pulang ke zaman itu dan melihat sendiri keadaannya.
Novel tautan hati ini adalah antara novel yang mempunyai banyak pengajaran yang boleh diambil iktibar oleh para pembaca. Terdapat juga kisah -kisah yang sangat tragik seperti kisah kakak ipar kepada watak utama cerita ini yang merendam bayinya di dalam air. Novel ini menceritakan pelbagai kisah yang bukan sahaja tertumpu kepada watak utama sahaja, pengakhirannya juga agak menyedihkan apabila watak utama mati dibunuh oleh saudara tirinya yang sakit mental.

Tuesday, September 28, 2010

Bagaimanakah tumbuhan ini terus survival dalam memastikan spesiesnya untuk terus wujud di muka bumi ini. Perumpamaan ini dapat kita samakan dengan kehidupan kita yang hanya sementara ini. Kita perlu berjuang untuk meneruskan hidup kita di bumi ini untuk mendapat kemudahan di akhirat kelak.